Friday, 17 February 2012

VAN UNTUK PENGUATKUASA DAERAH

Pada 28 Januari 2012 sempena Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Perak bertempat di Teluk Batik Resort Lumut telah diadakan majlis penyampaian van kepada penguatkuasa agama  mengikut daerah. Sebanyak 4 buah van telah diberikan dan antara daerah yang mendapat van berkenaan adalah Tapah, Manjung, Taiping dan Gerik. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak serta disaksikan oleh YB Dato' Najmuddin Elias ( Penasihat Agama Menteri Besar Perak ). Van tersebut diberikan mengikut zon, bagi Zon Tapah ianya juga digunakan untuk Slim River dan Teluk Intan.




No comments:

Post a Comment