Sunday, 26 February 2012

FUTSAL PERSAHABATAN DENGAN KAKITANGAN PAID CAMERON HIGHLAND

Pada 18 Februari 2012 telah diadakan satu perlawanan persahabatan di antara Pasukan pilihan PAID Tapah dan Pasukan pilihan PAID Cameron Highland bertempat di gelanggang futsal Tapah. Perlawanan ini dibuat kerana meraikan kehadiran kakitangan PAID Cameron Highland ke Tapah. Perlawanan berlangsung dalam keadaan yang cukup sengit dengan berkesudahan 12 - 12. Semoga perlawanan persahabatan ini akan mengeratkan lagi ukhuwwah bersama kedua - dua pihak. Kemungkinan pada masa akan datang akan dibuat lawatan timbal balik PAID Tapah akan ke PAID Cameron Highland pula.

Bergambar kenangan sebelum perlawanan

Satu percubaan yang menarik...... namun terkena tiang gol!

 Pemain no.11 terpaksa dibuang padang.... sebab gagal menjaringkan gol

 Gaya Man of the Match... selepas terlepas peluang jaring gol

Selepas gagal menjadi penjaring terpaksa turun ke bawah 

 Pemain no.8 sedang memikirkan masa depan 
kontrak di dalam pasukan.... atau mungkin ke pasukan lain

 Majlis penyampaian cenderahati dari PAID Tapah

Cenderahati dari PAID Cameron Highland.... 
Alhamdulillah banyak dapat Teh Caameron

Selepas perlawanan bergambar kenangan 

Memohon maaf andai ada terkasar sepanjang perlawanan 

Kepuasan terpancar setiap kakitangan yang bermain 
.......termasuk yang tak main

No comments:

Post a Comment