Tuesday, 28 February 2012

MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL

Pada 29 Februari 2012 telah diadakan satu majlis perpisahan pelajar praktikal di PAID Tapah. Seramai 2 orang pelajar praktikal telah menjalani latihan selama sebulan bermula 30 Januari 2011 hingga 29 Februari 2012 iaitu Rohani Binti Mohd Zaini dan Nazrah. Kedua - dua mereka merupakan pelajar praktikal dari UiTM Seri Iskandar mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pejabat.Semoga segala jasa dan baktinya akan diberkati Allah.
 Amanat dan pesanan dari PTA.....renung - renungkan dan selamat beramal

 Wajah - wajah kesedihan....

Terima kasih segalanya

Sekalung penghargaan

"Akhirnya airmata ku menitis jua hari ini"...luahan hati Rohani

"Terimalah hadiah tak seberapa dari saya sebuah 
Samsung Galaxy Tab "... kata CC Miezah

Menjamu selera dengan penuh selera...

Jelingan yang penuh seribu makna dari mak tiri kami
...( ingat lepas makan jangan lupa basuh pinggan ) itulah luahan hatinya

Tataplah wajah kami buat kali terakhir...

Beginilah cara membuka kek yang sebenarnya

Izzati ( Pelajar praktikal baru ) sedang merenung masa depannya
apakah hadiah yang bakal diterimanya kelak....penantian satu penyeksaan

Pertemuan....Perpisahan yang terjalin.... Suasana sedih menyelubungi
CC Miezah bersama Nazrah

Sunday, 26 February 2012

FUTSAL PERSAHABATAN DENGAN KAKITANGAN PAID CAMERON HIGHLAND

Pada 18 Februari 2012 telah diadakan satu perlawanan persahabatan di antara Pasukan pilihan PAID Tapah dan Pasukan pilihan PAID Cameron Highland bertempat di gelanggang futsal Tapah. Perlawanan ini dibuat kerana meraikan kehadiran kakitangan PAID Cameron Highland ke Tapah. Perlawanan berlangsung dalam keadaan yang cukup sengit dengan berkesudahan 12 - 12. Semoga perlawanan persahabatan ini akan mengeratkan lagi ukhuwwah bersama kedua - dua pihak. Kemungkinan pada masa akan datang akan dibuat lawatan timbal balik PAID Tapah akan ke PAID Cameron Highland pula.

Bergambar kenangan sebelum perlawanan

Satu percubaan yang menarik...... namun terkena tiang gol!

 Pemain no.11 terpaksa dibuang padang.... sebab gagal menjaringkan gol

 Gaya Man of the Match... selepas terlepas peluang jaring gol

Selepas gagal menjadi penjaring terpaksa turun ke bawah 

 Pemain no.8 sedang memikirkan masa depan 
kontrak di dalam pasukan.... atau mungkin ke pasukan lain

 Majlis penyampaian cenderahati dari PAID Tapah

Cenderahati dari PAID Cameron Highland.... 
Alhamdulillah banyak dapat Teh Caameron

Selepas perlawanan bergambar kenangan 

Memohon maaf andai ada terkasar sepanjang perlawanan 

Kepuasan terpancar setiap kakitangan yang bermain 
.......termasuk yang tak main

Friday, 17 February 2012

FORUM PERDANA : "KAHWIN MUDA; BAHAGIA ATAU DERITA"

Pada 16 Februari 2012 bertempat di UiTM Tapah telah diadakan satu forum perdana bertajuk Kahwin Muda : "Bahagia atau Derita". Forum tersebut telah menjemput seramai 3 orang ahli panel di mana salah seorangnya adalah kakitangan Pejabat Agama Islam Tapah iaitu Ust. Muhamad Khairul Basri Bin Osman, Ustaz Munir Bin Mohd Noh ( Pensyarah UiTM Tapah ) serta seorang lagi iaitu Saudara Ubai. Forum tersebut anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan pelajar khususnya mengenai situasi kahwin ketika usia muda.


VAN UNTUK PENGUATKUASA DAERAH

Pada 28 Januari 2012 sempena Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Perak bertempat di Teluk Batik Resort Lumut telah diadakan majlis penyampaian van kepada penguatkuasa agama  mengikut daerah. Sebanyak 4 buah van telah diberikan dan antara daerah yang mendapat van berkenaan adalah Tapah, Manjung, Taiping dan Gerik. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak serta disaksikan oleh YB Dato' Najmuddin Elias ( Penasihat Agama Menteri Besar Perak ). Van tersebut diberikan mengikut zon, bagi Zon Tapah ianya juga digunakan untuk Slim River dan Teluk Intan.