Pada 21 & 22 Januari 2012 ( Sabtu dan Ahad ) telah diadakan program Rehlah Mahabbah untuk kakitangan PAID Tapah. Program tersebut telah diadakan di Bukit Merah Laketown Resort bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah di kalangan keluarga kakitangan di samping memanfaatkan cuti untuk bersama - sama keluarga masing - masing. Berbagai aktiviti diadakan antaranya ialah sukaneka yang membabitkan staf, pasangan serta anak - anak staf. Semua keluarga seronok dengan program yang dijayakan, terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan program. Jika ada kesempatan akan diadakan di masa yang lain dan tempat yang lebih menyeronokkan....Tungguuuuuuu!!!
Cepat..sila serahkan semua hamper yang menang malam tadi!!!
Apa yang dimenungkan lagi.... tak cukup lagi ke hadiah yang dapat?
Barisan penjaga garisan & pengadil sukaneka yang adil lagi saksama
Antara ribuan kelab penyokong yang hadir memberikan semangat
Seronok Ust Badli, Lagi ramai anak lagi banyak hadiah dapat
Antara hamper yang menjadi rebutan.
Sedang fokus terhadap sasaran......
MC : "Perhatian kepada keluarga Ust Hamid tak dibenarkan
menyertai sukaneka lagi sebab kuota hadiah dah cukup!"
Anak - anak Ust Hamid tetap meneruskan misi untuk
membolot sebanyak mungkin hadiah
Sebagai pengurus Ust. Hamid memberikan kata - kata semangat kepada anak-anaknya
Ust. Salehudin sedang berbincang dengan sifu Wak Bani
strategi yang akan digunakan untuk acara menyumpit
Namun begitu strategi tidak menjadi..... Ust Salehudin tersingkir
Razak tersenyum lebar kerana berjaya menyingkirkan Salehudin dan
berjaya membawa pulang sebahagian besar hamper
Anugerah pasukan terbaik diberikan kepada keluarga Ust Hamid
... banyak benor hadiah deme dapat!!
Sasaran paintball......
Men In Black.... Sedia bertempur!!!



















