Thursday, 14 June 2012

KURSUS PROFESIONALISME PEGAWAI MASJID

Pada 23 Mei 2012 telah diadakan satu Kursus Profesionalisme pegawai - pegawai masjid bagi Daerah Tapah. 3 tempat telah dipilih sebagai lokasi program iaitu Masjid Bidor, Masjid Batu 3 Jln pahang dan Surau Jalan Damai.


KULIAH DHUHA BULANAN SIRI 2 BERSAMA DR ZULKIFLI AL-BAKRI

Pada 21 Mei 2012 telah diadakan Kuliah Dhuha bulanan siri yang kedua bersama Y.Bhg Dr. Zulkifli Al-Bakri dengan menggunakan kitab Tasawuf A to Z. Sambutan orang ramai pada kali ini cukup memberangsangkan sehingga penuh sesak Dewan Merdeka Tapah





Wednesday, 9 May 2012

GOTONG ROYONG PERDANA PAID TAPAH

Pada 25 April telah diadakan satu gotong royong perdana di Pejabat Agama Tapah. Gotong Royong ini bertujuan untuk mengemas serta menyusun kembali bilik perpustakaan yang tidak teratur. Sebahagian kakitangan telah mengambil bahagian bekerjasama untuk melaksanakan tugasan ini.

Keadaan sebelum, fail dan dokumen berlonggok di luar

Kerusi dan perabot juga tidak tersusun

Keadaan di dalam bilik sebelum bermula gotong royong

Gotong - royong bermula, masing - masing tunjuk muka buat kerja
walaupun setakat pegang kertas sehelai...

Yang buat kerja sorang...yang menonton ramai

Contoh pekerja yang dedikasi...bekerja tanpa mengira masa

Calon pembantu rumah....berminat sila hubungi ejen

"Kat sini sepatutnya perlu letak tv dan DVD player, baru boleh layan "...kata Ust. Mazli

"Tambah tilam dan bantal pun bagus juga, boleh check-in bila ngantuk"...mungkin
itulah yang diperkatakan oleh ust. Razak

Inilah hasil dari semangat kerjasama dan gotong royong

Kemas dan Bersih 3.0

Sejuk mata memandang...boleh buat homestay ni

Ust Razak rehat sekejap setelah penat mengangkat satu kotak kosong

PROGRAM TAPAH BERZIKIR BERSAMA DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Pada 23 April satu program yang diberi nama Tapah Berzikir telah diadakan. Programyang julung kali diadakan ini adalah Kuliah Agama bersiri yang diadakan setiap bulan anjuran bersama jabatan - jabatan kerajaan daerah Tapah. Penceramah tetap yang akan menyampaikan kuliah ialah Yang Berbahagia Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri ( AJK Fatwa Terengganu & Negeri Sembilan ). Kuliah yang dilangsungkan di Dewan Merdeka Tapah bermula 9.00 - 12.00 tengahari ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di mana lebih kurang 400 orang hadir yang terdiri daripada pegawai dan ajk masjid, guru kafa, pegawai kerajaan serta orang ramai. Kitab yang digunakan ialah Persoalan A-Z tentang Tasawuf karangan beliau sendiri.








Sunday, 15 April 2012

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG

Pada 12 April telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Batang Padang. Majlis berlangsung 2 sesi iaitu pada sebelah pagi telah diadakan majlis saringan di PAID Tapah. Hasil dari saringan tersebut hanya 3 orang qari dan qariah sahaja yang akan bertanding pada peringkat daerah di sebelah malam yang di adakan di Masjid Al-Muhtadin. Majlis telah dirasmikan oleh Orang Besar Jajahan Daerah Batang Padang serta dihadiri oleh penduduk sekitarnya.










KURSUS PRA-PERKAHWINAN ISLAM SIRI 2/2012

Pada 14 dan 15 April PAID Tapah telah menganjurkan kursus Pra Perkahwinan Islam bertempat di dewan PAID Tapah. Kursus ini adalah merupakan siri ke - 2 untuk tahun 2012. Seramai 56 orang perserta telah menyertai kursus untuk kali ini, sementara urusetia pula pada kali ini ialah Zikry dan juga Halim. Kedua-dua mereka telah berjaya menguruskan kursus dengan jayanya.

Pendaftaran peserta

Urusetia yang sentiasa setia....tersenyum selepas mendapat saguhati



PROGRAM JALINAN UKHUWWAH PAID TAPAH BERSAMA PAID CAMERON HIGHLAND

Pada 30 dan 31 Mac satu kunjungan balas daripada PAID Tapah ke PAID Cameron Highland telah dibuat sebagai membalas kunjungan yang telah dilakukan oleh mereka sebelum ini . Sepanjang program tersebut telah diadakan perlawanan persahabatan iaitu badminton dan juga bolasepak. 






Tuesday, 28 February 2012

MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL

Pada 29 Februari 2012 telah diadakan satu majlis perpisahan pelajar praktikal di PAID Tapah. Seramai 2 orang pelajar praktikal telah menjalani latihan selama sebulan bermula 30 Januari 2011 hingga 29 Februari 2012 iaitu Rohani Binti Mohd Zaini dan Nazrah. Kedua - dua mereka merupakan pelajar praktikal dari UiTM Seri Iskandar mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pejabat.Semoga segala jasa dan baktinya akan diberkati Allah.
 Amanat dan pesanan dari PTA.....renung - renungkan dan selamat beramal

 Wajah - wajah kesedihan....

Terima kasih segalanya

Sekalung penghargaan

"Akhirnya airmata ku menitis jua hari ini"...luahan hati Rohani

"Terimalah hadiah tak seberapa dari saya sebuah 
Samsung Galaxy Tab "... kata CC Miezah

Menjamu selera dengan penuh selera...

Jelingan yang penuh seribu makna dari mak tiri kami
...( ingat lepas makan jangan lupa basuh pinggan ) itulah luahan hatinya

Tataplah wajah kami buat kali terakhir...

Beginilah cara membuka kek yang sebenarnya

Izzati ( Pelajar praktikal baru ) sedang merenung masa depannya
apakah hadiah yang bakal diterimanya kelak....penantian satu penyeksaan

Pertemuan....Perpisahan yang terjalin.... Suasana sedih menyelubungi
CC Miezah bersama Nazrah